Cari @ Amanz

Lenovo kini telah mengumumkan yang mana mereka menawarkan lanjutan jaminan pada peringkat global sehingga 31 Mei 2020 kelak untuk semua telefon pintar Lenovo, telefon pintar Motorola, komputer Lenovo dan beberapa aksesori Lenovo. Lanjutan jaminan ini tertakluk kepada peranti yang tamat jaminannya antara 15 Mac 2020 hingga 30 April 2020.

Lanjutan ini dilakukan kerana pengguna tidak boleh ke pusat khidmat pelanggan, selain pada masa yang sama memberikan lebih kelegaan kepada pengguna dalam menggunakan produk daripada sesuatu pengeluar.

Lenovo turut mengatakan mereka menawarkan diskaun sehingga 60% untuk pembelian Lenovo Premium Car, sehingga 30 April 2020 ini.

Dengan pembelian Lenovo Premium Care, ia membolehkan pengguna melanjutkan jaminan sehingga 36 bulan, dan menawarkan perlindungan tambahan kepada peranti mereka. Gunakan kod PAYDAY60 ketika memilih untuk melanjutkan jaminan melalui Lenovo Premium Care.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd