Samsung sebelum ini telah hadir dengan Galaxy A80 yang menawarkan bahagian kerangka belakang yang pop-naik sepenuhnya. Selain daripadanya, kini Samsung dilihat dalam persiapan untuk memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dengan rekaan kamera pop-naik.
Telefon pintar baru ini dijangka ditawarkan dibawah siri Galaxy A. Daripada rekaan yang tertiris oleh @OnLeaks, ia memperlihatkan bahagian hadapan dengan kamera swafoto pop-naik, selain penawaran tiga kamera belakang dan juga pengimbas cap jari dibelakang.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pelancaran rasmi peranti ini akan dilakukan. Dengan penularan wabak Covid-19, pelbagai pelancaran peranti ditangguhkan sementara.