Markah Penanda Aras Desire 20 Pro Tertiris – Sebuah Lagi Peranti Kelas Pertengahan
Artikel Berkaitan
HTC

Markah Penanda Aras Desire 20 Pro Tertiris – Sebuah Lagi Peranti Kelas Pertengahan

Diterbitkan pada Apr 27, 2020 oleh .

HTC ialah jenama yang semakin sukar untuk dilihat dijual secara meluas di negara kita. Nasib gergasi dari Taiwan ini adalah amat malang kerana pernah suatu ketika dahulu mereka mempunyai pegangan pasaran peranti Android terbesar di dunia dan menjadi pilihan ramai. Sungguhpun terkeluar dari senarai lima pengeluar terbesar, bendera putih masih belum dikibarkan. Mereka masih mempunyai perancangan melancarkan sebuah peranti kelas pertengahan tahun ini.

Markah penanda aras Geekbench 5 untuk sebuah peranti misteri HTC 2Q9J10000 telahpun tertiris. Ia menunjukkan sebuah peranti yang mungkin dijana cip Snapdragon 665, memori sebesar 6GB RAM dan menggunakan Android 10.Ini sahaja maklumat yang diketahui pada waktu ini. Terdapat ura-ura mengatakan ia mungkin akan dilancarkan sebagai HTC Desire 20 Pro kelak.

Sejak dua tahun kebelakangan ini HTC menumpukan perhatian kepada penghasilan peranti kelas pertengahan sahaja. Tahun lalu peranti Desire dan Wildfire telah dilancarkan tetapi hanya dipasarkan di negara Taiwan. Kali terakhir peranti mereka dilancarkan ialah Wildfire R70 dengan Helio P35 pada Februari lalu.



TIPS & ULASAN