Pinjaman Buku Digital u-Pustaka Perpustakaan Negara Meningkat Hampir 170% Sejak PKP
Artikel Berkaitan

Pinjaman Buku Digital u-Pustaka Perpustakaan Negara Meningkat Hampir 170% Sejak PKP

Diterbitkan pada Apr 27, 2020 oleh .

Ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) ini kami banyak menghabiskan masa dengan membaca buku. Ia aktiviti yang santai sehingga dapat membantu mengurangkan tekanan kerana terperangkap di rumah sepanjang hari. Antara platform yang telah kami gunakan ialah u-Pustaka oleh Perpustakaan Negara. Nampaknya bukan kami sahaja yang telah menggunakannya kerana platform ini mencatatkan peningkatan pinjaman ebuku hampir 170% sejak PKP bermula.

BukuSejak PKP bermula, pinjaman buku meningkat ke 40.000 sebulan berbanding purata 15,000 sebulan. Ini bersamaan dengan peningkatan 167%. Setakat ini u-Pustaka mempunyai ai 501,295 ahli dengan 22,982 ahli baharu mendaftar sejak PKP. Bahan bacaan yang popular di kalangan peminjam pula ialah dari genre fiksyen.

Maka sekiranya anda tidak mempunyai bahan bacaan semasa PKP ini, anda boleh melakukan pinjaman ebuku menerusi u-Pustaka hari ini. Selain buku majalah digital turut boleh dipinjam bagi mereka yang mungkin lebih menggemari bacaan ringan. U-Pustaka menawarkan 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma.



TIPS & ULASAN