GIGABYTE Melancarkan Siri Komputer Riba AORUS Dan AERO Yang Dikuasakan Komponen Intel Dan NVIDIA Terbaru

GIGABYTE Melancarkan Siri Komputer Riba AORUS Dan AERO Yang Dikuasakan Komponen Intel Dan NVIDIA Terbaru

Diterbitkan pada Apr 27, 2020 oleh .

Beberapa minggu ini memperlihatkan pelbagai jenama teknologi mula mengemaskini siri komputer riba mereka dengan komponen-komponen terbaru daripada Intel dan juga NVIDIA.

Kini tiba giliran GIGABYTE dimana mereka telah mengemaskini siri komputer riba gaming AORUS dan produktiviti AERO dengan CPU Intel generasi kesepuluh dan juga kad grafik NVIDIA terbaru didalam bentuk NVIDIA GeForce RTX 2080 Super dan NVIDIA GeForce RTX 2070 Super.

Bermula dengan siri komputer riba AORUS, mereka akan mengemaskini model 15 dan 17 inci mereka bermula dengan pilihan paparan, dimana AORUS 5 dan AORUS 7 akan hadir dengan paparan dengan kadar segar semula 144Hz, manakala AORUS 15 dan AORUS 17 akan dilengkapi dengan paparan dengan segar semula 240Hz.

AORUS 5 dan AORUS 7 akan dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-10750H, manakala siri AORUS 15 dan 17 pula akan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i7-10850H ataupun Intel Core i9-10980HK.

Tidak kira model yang anda dapatkan, pilihan memori dan storan cukup besar dimana pengguna boleh memilih untuk mendapatkan jumlah memori DDR4 dari 8GB hinggalah 32GB manakala pilihan storan termasuklah SSD PCIe bersaiz 512GB ataupun 1TB.

Dalam pada itu, pilihan GPU pengguna juga cukup banyak bergantung kepada pilihan mereka, iaitu NVIDIA GeForce GTX 1660Ti, NVIDIA GeForce RTX 2060, NVIDIA GeForce RTX 2070 Max-Q, NVIDIA GeForce RTX 2070 Super Max-Q, NVIDIA GeForce RTX 2080 Super Max-Q dan NVIDIA GeForce RTX 2080 Super.

Beralih kepada model AERO pula, komputer riba produktiviti ini hadir dengan pilihan paparan 15.6 inci beresolusi Full HD dengan kadar segar semula 144Hz ataupun paparan jenis OLED.

Memfokuskan kepada aktiviti produktiviti, AERO 15 ini dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i7-10750H ataupun Intel Core i7-10850H, memori DDR4 sebanyak 16GB dan juga storan SSD PCIe sebesar 512GB

.

Dari segi pilihan kad grafik pula, pengguna boleh memilih untuk mendapatkan model dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060, NVIDIA GeForce RTX 2070 Max-Q ataupun NVIDIA GeForce RTX 2070 Super Max-Q.

Kedua-dua model komputer riba GIGABYTE AORUS 15, AORUS 17 dan AERO 15 ini boleh dibeli tidak lama lagi di kedai atas talian ataupun pengedar sah GIGABYTE pada harga bermula RM5999 untuk AORUS 15 dan RM7499 untuk AERO 15.



TIPS & ULASAN