Carian
Sony Mobile Menutup Kedai Atas Talian Rasmi Di Eropah
April 27, 2020 Effi Saharudin

Sony Mobile mengeluarkan peranti Xperia yang pernah suatu ketika dahulu menerima perhatian pengguna kerana kombinasi rekaan yang cantik, spesfikasi yang mantap dan kemampuan fotografi yang terbaik di dalam kelasnya. Prestij jenama Sony Xperia masih lagi wujud tetapi bagi kebanyakan pengguna harga jualannya yang agak tinggi membuatkan ia tidak mampu dimiliki.

Sony Xperia AceMenurut laporan XperiaBlog hujung minggu lalu, proses membeli peranti kini akan menjadi semakin sukar di Eropah kerana penutupan kesemua lama atas talian rasmi mereka di benua tersebut. Antara stor rasmi yang telah ditutup setakat ini ialah untuk negara Belanda, Itali, Jerman, Perancis, Poland, Republic Czech, Sepanyol,  Sweden, dan UK,

Laman rasmi Sony Mobile di Eropah kini memberikan saranan pembelian dari stor atas talian pihak ketiga. Ini mungkin antara strategi penyusunan semula Sony bagi mengurangkan kos operasi.

Sony Electronics Corporation telah ditubuhkan 1 April lalu bagi menggabungkan perniagaan Imaging Products & Solutions, Home Entertainment & Sound, dan Mobile Communications mereka. Bagi pengguna di Malaysia, anda masih boleh melakukan pembelian menerusi stor atas talian Sony pada waktu ini.

Komen