Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A20 dilancarkan Mac tahun di Malaysia dengan sistem operasi Android Pie. Selepas lebih setahun, A20 akhirnya mula menerima kemas kini ke Android 10 lengkap dengan pelancar Samsung One UI 2.0 dan tampalan sekuriti ke bulan April 2020. Pada waktu ini pengguna di Chile, Filipina, Rusia, dan Vietnam telah melaporkan menerima kemas kini ini.

Jumlah peranti Samsung yang telah menerima kemas kini ke Android 10 semakin meningkat. Dalam bulan ini sahaja Galaxy J6, A10s dan A30s turut telah menerima kemas kini. Pernah suatu ketika dahulu pengguna peranti kelas pertengahan dan kelas permulaan hanya boleh bermimpi peranti mereka akan menerima kemas kini versi sistem operasi. Tahun ini kita turut melihat peranti Samsung lebih awal menerima tampalan sekuriti berbanding Pixel keluaran Google sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd