Cari @ Amanz

Facebook sebelum ini telah mengumumkan sejumlah langkah dalam terus memperluaskan penawaran khidmat video untuk mudah diakses oleh pengguna seluruh dunia. Salah satu perkara yang turut diumumkan adalah termasuk penawaran keupayaan akses Instagram Live melalui web.

Sebelum ini, ia terhad untuk beberapa negara, dan kini ia turut telah boleh diakses oleh pengguna di Malaysia.

Instagram Live

Seperti biasa, anda boleh mengakses Instagram di web, dan anda akan dipaparkan dengan sebarang siaran langsung Instagram Live daripada rakan-rakan anda (sekiranya anda). Seterusnya, anda boleh klik, dan menonton ia terus pada web melalui desktop – sekaligus tidak lagi perlu hanya menikmati kandungan langsung melalui peranti mudah-alih sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd