Sempena Ramadan, Siri Huawei P40 Boleh Didapati Melalui Celcom Pada Harga Serendah RM49 Sebulan

Sempena Ramadan, Siri Huawei P40 Boleh Didapati Melalui Celcom Pada Harga Serendah RM49 Sebulan

Diterbitkan pada Apr 27, 2020 oleh .

Huawei telah pun menawarkan Huawei P40 di Malaysia pada harga bermula RM2799, dan Huawei P40 Pro pada harga bermula RM3899. Menariknya, bagi anda yang berminat mendapatkannya pada harga yang lebih murah – serendah RM49 sebulan melalui pakej Easyphone bersama-sama dengan langganan pelan pascabayar Celcom MEGA.

Bersempena dengan bulan Ramadan ini, Celcom dan Huawei bekerjasama dalam menawarkan kebolehan untuk pengguna mendapatkan Huawei P40 dengan bayaran pendahuluan RM0.

Bersama-sama langganan ini juga, pengguna akan menerima Huawei SuperCharge Wireless Car Charger bernilai RM289, storan awan Huawei Cloud selama tiga bulan sebanyak 50GB, dan jaminan tambahan setahun termasuk perlindungan skrin bernilai RM248.

Huawei P40 merupakan telefon mercu terbaru daripada Huawei untuk tahun 2020, hadir dengan fokus terhadap rakaman gambar dan video yang sangat berkualiti melaluinya. Ia menerajui skor tertinggi DXOMark dalam arena fotografi. Melengkapkan ia juga adalah cip Kirin 990 5G, dan juga sistem operasi EMUI 10.1 bersama-sama Huawei AppGallery.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Huawei P40 dan Huawei P40 Pro daripada Celcom bermula hari ini.

Beli : Huawei P40 bersama Celcom

Beli : Huawei P40 Pro bersama Celcom



TIPS & ULASAN