WSJ : Apple Tangguh Pengeluaran iPhone 2020, Dijangka Hadir Dengan Tiga Saiz Berbeza, Sokongan 5G

WSJ : Apple Tangguh Pengeluaran iPhone 2020, Dijangka Hadir Dengan Tiga Saiz Berbeza, Sokongan 5G

Diterbitkan pada Apr 27, 2020 oleh .

Setiap tahun, salah satu peranti yang dinantikan kebanyakkan pengemar gajet seluruh dunia adalah iPhone. Ia biasanya diperkenalkan sekitar September, dan pengeluarannya akan dilakukan sebulan dua sebelumnya.

Untuk tahun ini, Apple dikatakan akan menangguhkan sedikit pengeluaran iPhone berkenaan – berkemungkinan untuk sebulan. Hal ini adalah disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang memberikan kesan kepada pengeluaran, mahupun permintaan.

Menurut WSJ, Apple dijangka memperkenalkan tiga model iPhone baru pada tahun ini, iaitu bersaiz 5.4-inci, 6.1-inci dan juga 6.7-inci. Ketiga-tiga model ini dijangka hadir dengan panel OLED bersama dengannya, selain pilihan 5G juga dijangka akan ditawarkan untuk sebahagiannya.

Pada masa yang sama, Apple turut dikatakan akan mengurangkan pengeluaran iPhone baru sebanyak 20% berbanding sebelumnya untuk tahun ini. Buat masa ini, info berkaitan pengeluaran sahaja kedengaran, dan tidak diketahui lagi sama ada pelancaran yang sering dijadualkan sekitar September turut akan ditangguhkan atau tidak.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan yang mana pasukan jurutera Apple berkomunikasi secara atas-talian dalam pembangunan produk baru mereka – kerana kekangan penerbangan yang menyukarkan mereka ke kilang dan sebagainya.



TIPS & ULASAN