Cari @ Amanz

Pada hari ini, kebanyakkan sokongan pengecasan pantas hanya ditujukan untuk telefon pintar berspesifikasi tinggi atau telefon mercu sahaja. Qualcomm kini dalam usaha memperluaskan lagi penawaran mereka, hari ini mengumumkan Quick Charge 3+ yang membawa sokongan pengecasan pantas untuk peranti berspesifikasi pertengahan.

Quick Charge 3+ akan ditawarkan untuk peranti dengan cip Snapdragon 765 dan Snapdragon 765G. Telefon pertama yang dilengkapi dengan sokongan ini adalah Xiaomi Mi 10 Lite Zoom – dimana ia hadir dengan sokongan pengecasan Quick Charge 4+ dan juga Quick Charge 3+.

Melalui Quick Charge 3+, Qualcomm menjanjikan pengecasan pantas yang efisien, menawarkan pengecasan sehingga 50% dalam masa 15 minit. Qualcomm mengatakan penawaran mereka 35% lebih pantas berbanding generasi sebelum ini.

Dengan penawaran ini, kita akan dapat melihat teknologi pengecasan Qualcomm ini digunakan pada pelbagai telefon pintar baru pada tahun ini, pada harga lebih mesra poket.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd