Google Memperkenalkan Sokongan Penjejakan Lokasi, Notifikasi Bateri & Antaramuka Baharu Untuk “Fast Pair”

Google Memperkenalkan Sokongan Penjejakan Lokasi, Notifikasi Bateri & Antaramuka Baharu Untuk “Fast Pair”

Diterbitkan pada Apr 28, 2020 oleh .

Fast Pair adalah jawapan Google kepada Apple untuk menambat aksesori audio pantas kepada Android seakan AirPods pada peranti Apple. Ia mula diperkenalkan semasa Pixel Buds generasi pertama dilancarkan. Tahun demi tahun, semakin banyak aksesori audio mula menyokong Fast Pair.

Terkini, bersama-sama dengan pengumuman penjualan Pixel Buds generasi baharu – Google telah memperkenalkan beberapa ciri menarik untuk Fast Pair. Pertama adalah penjejakan lokasi aksesori audio, seterusnya adalah notifikasi bateri aksesori audio tersebut untuk fon telinga kiri, kanan dan jika disokong pod pengecasannya. Akhir sekali adalah antaramuka baharu yang memaparkan pelbagai tetapan dan butiran.

Antaramuka baharu ini buat masa ini hanya menyokong Pixel Buds generasi baharu dan Harmon Kardon Fly TWS. Google turut menyatakan yang setiap aksesori audio yang ditambat yang menyokong Fast Pair akan memaparkan nama pengguna. Untuk fungsi penjejakan tadi, ia turut diintegrasikan dalam aplikasi Find My Devices.



TIPS & ULASAN