OnePlus 5/5T Akhirnya Menerima Kemaskini Android 10 Melalui Oxygen OS Open Beta 1

OnePlus 5/5T Akhirnya Menerima Kemaskini Android 10 Melalui Oxygen OS Open Beta 1

Diterbitkan pada Apr 28, 2020 oleh .

OnePlus 5 dan OnePlus 5T adalah peranti mercu OnePlus pada tahun 2016. Peranti ini sudah pun berusia empat tahun dan OnePlus masih teruskan sokongan kemaskini rasmi. Kebiasaannya, peranti Android hanya menerima kemaskini utama 2 tahun dan kemaskini tampalan sekuriti 3 tahun.

Sejak bulan Oktober tahun lepas, OnePlus menjanjikan yang OnePlus 5 dan OnePlus 5T akan menerima kemaskini Android 10. Akhirnya, pengguna kedua-dua peranti ini boleh memasang Oxygen OS 10.0 berasaskan Android 10 pada peranti mereka. Walau bagaimanapun, kemaskini ini adalah dalam bentuk beta iaitu Oxygen OS Open Beta 1. Berikut adalah senarai log perubahan dalam kemaskini ini;

  • Sistem
    • Kemaskini antaramuka serba baharu
    • Kini sistem Android 10
  • Kawalan Gestur Penuh (Hanya OP5T)
    • Newly added Hidden Bar to allow left-right switches of recent apps
    • Menambah bar tersembunyi untuk kawal tatalan kanan-kiri untuk tukar aplikasi ke aplikasi dalam senarai aplikasi terbuka

Ini mungkin adalah kemaskini terakhir untuk kedua-dua peranti. OnePlus mungkin akan berikan satu lagi kemaskini stabil. Ini kerana, Open Beta untuk OnePlus 6 dan 6T sudah pun ditamatkan.

Oxygen OS Open Beta 1 OnePlus 5

Oxygen OS Open Beta 1 OnePlus 5T



Paling Popular