Spesifikasi Kamera Samsung Galaxy Fold 2 Dan Harga Pula Tertiris

Spesifikasi Kamera Samsung Galaxy Fold 2 Dan Harga Pula Tertiris

Diterbitkan pada Apr 28, 2020 oleh .

Seminggu yang lalu spesifikasi dua skrin pada Samsung Galaxy Fold 2 telah tertiris ke arena web menerusi Ross Young. Hari ini sumber yang sama kembali dengan spesifikasi mengenai kamera yang bakal digunakan pula pada peranti mercu skrin boleh lipat Samsung ini.

Menurut ciapan beliau, tri-kamera utama pada Galaxy Fold 2 akan menggabungkan sensor 64+16+12 Megapixel dengan dua di antaranya dilengkapi sistem penstabilan imej optikal. Ini adalah peningkatan yang besar berbanding sensor 16+12+12 Megapixel pada Fold asal.

Beliau turut mendedahkan harga jualan Fold 2 adalah bermula dari $1780 yang  lebih murah berbanding $1980 untuk Fold. Harga masih lagi tidak mampu milik tetapi Fold 2 menawarkan lebih banyak fungsi seperti sokongan 5G dan mungkin juga stylus S-Pen seperti sebuah Galaxy Note. Tambah beliau lagi Fold 2 akan dilancarkan serentak dengan Galaxy Note 20 pada bulan Ogos memandangkan Samsung berkata tiada perubahan tarikh pelancaran produk akan berlaku tahun ini.



TIPS & ULASAN