Realme 6 Dengan 8GB RAM Berharga RM1199 Di Malaysia

Realme 6 Dengan 8GB RAM Berharga RM1199 Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 28, 2020 oleh .

Realme Malaysia hari ini telah pun melancarkan satu lagi variasi telefon pintar dibawah siri Realme 6 untuk pasaran tempatan. Variasi baru ini hadir dengan penawaran yang lebih kurang sama dengan Realme 6 yang dilancarkan tempoh hari, tetapi dengan memori 8GB RAM.

Realme 6

Realme 6 menggunakan skrin 6.5-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip MediaTek Helio G90T, storan 128GB. Ia turut menggunakan bateri 4300mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan empat-kamera belakang gabungan 64MP +8 MP + 2MP + 2MP, dan kamera swafoto 16-megapixel dihadapan.

Realme 6 dengan storan 8GB RAM ini akan ditawarkan di Malaysia bermula 2 Mei 2020 kelak pada harga RM1199. Realme Malaysia turut menawarkan jaminan tambahan selama 6 bulan dengan pembelian peranti ini apabila anda membelinya khusus pada 2 Mei 2020 kelak.



TIPS & ULASAN