Cari @ Amanz

Dari segi bahasa, zakat bererti bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Menurut syarak pula, zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta mengikut syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan yang berhak menerima. Seperti kita ketahui, Zakat Fitrah adalah kewajipan fardu ain ke atas setiap orang Islam dan ia dilaksanakan pada bulan Ramadan bertujuan membersihkan serta menyucikan jiwa.

Kebiasaannya, kita akan membuat bayaran zakat kepada wakil yang dilantik dengan mengunjungi masjid, surau atau pusat pungutan zakat terdekat. Bagaimanapun, kali ini terdapat sedikit perubahan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana kaedah pembayaran dibuat secara atas talian. Terdapat banyak platform yang disediakan oleh kesemua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) di Malaysia bagi memudahkan orang ramai menunaikan kewajipan dengan selamat. Berikut adalah senarai platform yang tersedia :

1) Platform Aplikasi / e-Dompet Mudah Alih

  • Aplikasi SnapNPay

SnapNPay merupakan aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna membuat transaksi tanpa tunai secara dalam talian dengan cara mengimbas kod QR ataupun kod bar menerusi peranti pintar.  Aplikasi ini dapat memudahkan pengguna membuat pembayaran zakat dengan pantas dan efisien.

Melaluinya, pengguna hanya perlu mendaftar akaun seterusnya mengimbas kod yang disediakan oleh pusat zakat mengambil bahagian. Kemudian, proses pembayaran akan disambungkan secara terus ke portal pusat zakat yang dipilih oleh pengguna. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi menerusi Google PlayStore atau Apple AppStore. Ketersediaan aplikasi adalah percuma. Berikut adalah cara penggunaan :

  • Langkah 1 : Muat turun aplikasi SnapNPay menerusi Google PlayStore atau Apple AppStore
  • Langkah 2 : Daftar akaun SnapNpay anda
  • Langkah 3 : Tekan pada butang Zakat Fitrah 1441 > pilih pusat zakat anda  / imbas kod QR yang disediakan oleh pusat zakat dipilih
  • Langkah 4 : Masukkan maklumat diperlukan, semak & tekan bayar untuk membuat pembayaran

Nota kaki : Resit pembayaran lengkap akan dihantar melalui email yang didaftarkan.

Senarai Negeri : Kuala Lumpur , Perak, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Sarawak & Sabah

 

  • Aplikasi Boost

Zakat Fitrah Boost

Aplikasi Boost juga merupakan salah sebuah platform yang boleh digunakan untuk perkhidmatan pembayaran zakat secara atas talian. Melaluinya, pengguna boleh membuat pembayaran zakat tanpa tunai pada bila – bila masa dan di mana jua. Proses pembayaran juga dapat dilakukan dengan lebih efisien menerusi beberapa langkah mudah.

Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh kesemua pengguna Boost termasuk pengguna basic dan premium. Pengguna boleh membuat pembayaran dengan hanya menambah nama, nombor kad pengenalan dan juga nombor telefon bimbit.

Difahamkan, aplikasi ini menawarkan dua jenis zakat iaitu Zakat Fitrah dan Zakat harta. Selain itu, aplikasi ini turut memaparkan maklumat berkaitan harga beras secara langsung. Perkhidmata ini tersedia secara percuma menerusi Google PlayStore dan Apple App Store. Cara penggunaan adalah :

  • Langkah 1 : Muat turun aplikasi Boost menerusi Google PlayStore & Apple AppStore
  • Langkah 2 : Pada paparan utama, klik pada tab zakat
  • Langkah 3 : Tambah akaun zakat baru & klik pada tab “+” untuk meneruskan
  • Langkah 4 : Lengkapkan maklumat diperlukan & klik butang “Save & Pay Zakat”
  • Langkah 5 : Masukkan pin 6 digit atau gunakan pilihan keselamatan biometrik untuk pengesahan

Nota kaki : Resit pengesahan akan diberikan menerusi alamat emel yang didaftarkan setelah pembayaran berjaya dibuat.

Senarai Negeri : Selangor, Kuala Lumpur & Kedah

 

  • GoPayZ

Aplikasi seterusnya adalah GoPayz. Sebuah dompet digital yang disediakan oleh U Mobile dalam usaha memudahkan transaksi tanpa tunai di kalangan pengguna. Melaluinya, pengguna kini boleh menunaikan ibadah zakat secara mudah dan tanpa had pada bila – bila masa serta di mana sahaja.

Selain zakat fitrah, aplikasi ini juga menyediakan beberapa jenis pembayaran zakat lain termasuk pendapatan, perniagaan, simpanan, saham, emas dan harta. Dalam erti kata mudah, semua dalam satu aplikasi sahaja. Proses pembayaran boleh dibuat menerusi aplikasi ataupun laman web GoPayz. Cara penggunaan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1 : Muat turun aplikasi GoPayz menerusi Google PlayStore & Apple App Store
  • Langkah 2: Daftar masuk GoPayz
  • Langkah 3: Tekan Services > Islamic > Zakat > Lembaga Zakat Selangor
  • Langkah 4: Lengkapkan butiran / maklumat yang diminta
  • Langkah 5: Kemudian anda akan dibawa ke laman “Lafaz Niat Bayar Zakat” & tekan “Terus Bayaran”
  • Langkah 6: Pilih cara pembayaran untuk lengkapkan transaksi

Nota kaki : Resit pengesahan akan diberikan menerusi alamat emel yang didaftarkan setelah pembayaran berjaya dibuat.

Senarai Negeri : Selangor, Perak, Kedah & Kuala Lumpur

 

2) Platform Perbankan Internet

  • Portal MyEG

MY E.G. Services Berhad (MyEG) juga menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah secara dalam talian kepada semua. Ia bertujuan memudahkan pengguna membuat pembayaran zakat dengan lebih selesa dan boleh dilakukan pada bila – bila masa. Bagaimanapun, pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan ini perlu memiliki akaun berdaftar di portal MyEG terlebih dahulu sebelum meneruskan pembayaran.

Proses pembayaran boleh dibuat menerusi dua kaedah iaitu secara perbankan dalam talian (pemotongan secara langsung daripada akaun bank) ataupun kad kredit. Untuk lebih mudah, pengguna juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih MyEG menerusi Google PlayStore yang mana ketika ini hanya tersedia buat pengguna Android sahaja. Cara penggunaan adalah seperti berikut:

  • Langkah 1 : Pergi ke laman web MyEG / Muat turun aplikasi MyEg menerusi Google PlayStore
  • Langkah 2 : Sekiranya anda pengguna kali pertama, sila daftar dengan laman web
  • Langkah 3 : Log masuk dengan ID Pengguna dan kata laluan anda
  • Langkah 4 : Pilih aplikasi ZAKAT & pilih agensi zakat dikehendaki
  • Langkah 5 : Pilih pautan yang disediakan untuk menganggarkan / membuat pembayaran dalam talian

Nota kaki : Resit transaksi yang dicetak oleh MyEG digunakan untuk pengesahan yang merujuk kepada pembayaran sahaja. Resit transaksi ini BUKAN resit pembayaran rasmi. Resit rasmi akan dihantar ke alamat pengguna dalam masa 14 hari bekerja.

Senarai Negeri : Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Kedah, Negeri Sembilan & Sabah 

 

  • PayHalal

PayHalal merupakan sebuah portal yang menawarkan sistem pembayaran dalam talian yang dibina bagi memenuhi keperluan transaksi patuh syariah buat pengguna. Melaluinya pengguna boleh menikmati pelbagai perkhidmatan memenuhi standard halalan toyyiban termasuk pembelian pelbagai barang secara atas talian, membuat sebarang pembayaran dan proses pemindahan wang daripada satu akaun ke akaun yang lain.

Untuk makluman, Pay Halal juga merupakan salah satu platform yang boleh digunakan untuk perkhidmatan pembayaran zakat secara atas talian. Tiada sebarang pendaftaran diperlukan. Sebaliknya hanya, maklumat pengesahan alamat emel yang aktif dan akaun bank yang sah. Cara penggunaan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1 : Pergi ke laman web PayHalal
  • Langkah 2 : Pilih pusat zakat & jenis zakat
  • Langkah 3 : Lengkapkan maklumat yang diperlukan
  • Langkah 4 : Baca “Niat” tersedia & klik pada kotak nota untuk pengesahan
  • Langkah 5 : Pastikan maklumat adalah benar. Kemudian, pilih cara pembayaran

Nota kaki : Resit pengesahan akan diberikan menerusi alamat emel yang didaftarkan setelah pembayaran berjaya dibuat.

Senarai Negeri : Kuala Lumpur

 

  • Pos Online

Pengguna juga boleh membuat pembayaran zakat melalui laman web POS Malaysia. Pembayaran perlu dibuat menerusi portal rasmi POS Online. Bagaimanapun, pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan ini perlu memiliki akaun berdaftar di portal berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran. Cara penggunaan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1 : Pergi ke laman web POS Online
  • Langkah 2 : Sekiranya anda pengguna kali pertama, sila daftar akaun terlebih dahulu
  • Langkah 3 : Log masuk dengan ID Pengguna dan kata laluan anda
  • Langkah 4 : Pilih “Open Bill Payment” & pilih agensi zakat dikehendaki
  • Langkah 5 : Pilih jenis zakat yang ingin dibayar di dalam senarai tersedia
  • Langkah 6 : Lengkapkan maklumat yang diperlukan & tekan butang “Add To Cart”
  • Langkah 7 : Tekan butang “Proceed to Checkout” sekiranya anda sudah pasti dengan transaksi yang dibuat
  • Langkah 8 : Pembayaran boleh dibuat menggunakan saluran tersedia sahaja & tekan butang submit

Nota kaki :  Sebelum menamatkan transaksi pastikan resit pembayaran anda dicetak untuk rujukan

Senarai Negeri : Selangor & Kuala Lumpur

 

  • Ejen Bank Terpilih 

Orang ramai juga membuat pembayaran zakat secara atas talian melalui sejumlah bank terpilih yang dilantik. Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pengguna yang mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan agen kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan Internet.

 

3) Platform Laman Rasmi Pusat Pungutan Zakat

JOHOR – RM7 / RM10

KEDAH – RM5 / RM7 / RM14 / RM21

KELANTAN – RM7 / RM14 / RM21

MELAKA – RM7 / RM14

NEGERI SEMBILAN – RM7 

PAHANG – RM7 

PERAK – RM7 / RM14 / RM21 

PERLIS – RM7 

PULAU PINANG – RM7 / RM16

SELANGOR – RM7 / RM14 / RM21

TERENGGANU – RM7

SABAH – RM6 / RM7.50

SARAWAK  – RM7

KUALA LUMPUR – RM5 / RM7 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd