Carian
Astro Dan Allo Kini Bekerjasama Untuk Menawarkan Perkhidmatan Jalur Lebar
April 28, 2020 Effi Saharudin

Melalui Astro Broadband, pelanggan boleh menikmati perkhidmatan TV satelit Astro dan internet jalur lebar dalam berkas yang menarik bagi pengguna. Astro kini mengembangkan perkhidmatan mereka dengan kerjasama Allo Technology Sdn Bhd. Menerusi perjanjian ini, perkhidmatan Astro Broadband akan dapat dinikmati oleh pelanggan yang sebelum ini berada di luar kawasan capaian Internet jalur lebar TM. Maxis dan Time.

Pakej Astro dan Internet jalur lebar Allo ditawarkan pada harga RM99 untuk 50 Mbps dan RM129 untuk 100 Mbps.  Menerusi berkas ini, pelanggan turut boleh menikmati 60 saluran Astro seperti Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Awani, Astro AEC, Astro Xiao Tai Yang, NatGeo WILD, dan banyak lagi pada deifnasi tinggi. Astro kemudian akan turut menawarkan pakej jalur lebar sehingga 1Gbps Allo kepada pelanggan di masa hadapan.

Dengan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi, pelanggan turut boleh mengakses lebih 15,000 kandungan On-Demand menerusi aplikasi Astro Go sedia ada.

Komen