LG Velvet Diumumkan – Turut Hadir Dengan Ciri Rakaman Video ASMR
LG

LG Velvet Diumumkan – Turut Hadir Dengan Ciri Rakaman Video ASMR

Diterbitkan pada Apr 28, 2020 oleh .

LG sebelum ini menjadualkan 7 Mei untuk pelancaran LG Velvet. Namun, kini, lebih awal daripadanya, LG telah berkongsi apa yang akan dibawakan oleh LG Velvet ini secara rasminya melalui laman mereka.

LG Velvet

LG Velvet merupakan telefon pintar generasi baru dengan elemen bahasa rekaan yang serba baru daripada LG. LG turut mula menggunakan nama yang berbeza berbanding penggunaan nama siri sebelum ini – seperti LG G, LG V, dan sebagainya.

LG Velvet hadir dengan skrin 6.8-inci pada nisbah 20.5:9, dilengkapi rekaan skrin bertakuk dihadapan, dijana cip Snapdragon 765 5G, dan bateri 4300mAh.

LG Velvet

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera utama 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (kedalaman). LG turut mengatakan mereka menyertakan ciri rakaman ASMR (Autonomous Sensory Meridian Response) pada rakaman video, memberikan kesan mikrofon yang lebih sensitif.

Melengkapkan penawaran peranti ini adalah sejumlah aksesori, termasuk LG Dual Screen, dan juga LG Stylus Pen – yang mana dijual secara berasingan.

Buat masa ini, harga jualan masih belum diumumkan lagi. Ia dijangka ditawarkan terlebih dahulu di Korea Selatan. Tiada berita mengenai penawaran global, termasuk di Malaysia buat masa ini.



TIPS & ULASAN