Cari @ Amanz

Oppo Mendaftar Tanda Dagang ‘Reno Glow’

Link Copied!

Buat penggemar peranti pintar, Oppo bukan satu jenama asing. Sebaliknya sejak tampil dengan pelbagai inovasi terbaru, jenama ini terus mendapat perhatian ramai lantaran penawarannya yang sinonim dengan pengguna masa kini. Seperti kita tahu, Oppo juga telah melancarkan pelbagai jenis siri peranti dengan kelas tersendiri.

Baru – baru ini, Oppo dikatakan telah menfailkan tanda dagang baharu iaitu Reno Glow menerusi laman European Union Intellectual Property Office (EUIPO). Tiada butiran terperinci yang dikongsi mengenai tanda dangan ini. Namun, ramai mula berpendapat bahawa ia mungkin siri Reno yang akan datang dan memfokuskan kepada sistem kamera serba baru dengan penampilan lebih baik.

Bagaimanapun, maklumat ini masih di peringkat ura-ura dan belum disahkan sepenuhnya. Agak terlalu awal untuk merungkai mengenainya buat masa ini. Tapi siapa sangka, mungkin kita bakal mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat?


Komen ()