Joox Memperkenalkan Pelan Keluarga Pada Harga RM18.90 Sebulan

Joox Memperkenalkan Pelan Keluarga Pada Harga RM18.90 Sebulan

Diterbitkan pada Apr 28, 2020 oleh .

Sedia maklum, Joox merupakan sebuah aplikasi penstriman muzik terkemuka yang menyajikan pelbagai jenis muzik sesuai dengan citarasa pengguna masa kini. Terkini, Joox hadir dengan penawaran istimewa terbaru di mana mereka memperkenalkan pelan keluarga (Family Plan) untuk pengguna berhibur tanpa batasan dengan orang tersayang.

Melaluinya, pengguna boleh mengakses lebih dari 30 juta lagu dengan pelbagai genre pada harga yang amat kompetitif iaitu hanya RM18.90 sebulan (termasuk semua cas yang dikenakan). Menariknya, pelan ini boleh diakses sehingga 3 orang pengguna – yang mana seorang pengguna hanya perlu membayar RM6.30 sahaja.

Permainan muzik juga boleh dilakukan secara berasingan untuk setiap pengguna. Penawaran pelan ini merangkumi pelbagai ciri menarik termasuklah perkhidmatan VIP dan Karaoke JOOX (K plus). Pelan ini boleh diakses dalam dua versi iaitu desktop dan peranti mudah alih bermula hari ini.

Sebagai perbandingan pelan keluarga untuk Spotify ialah RM22.40 (6 pengguna), Apple Music ialah RM22.90 (6 pengguna), Deezer ialah RM22.35 (6 pengguna) dan YouTube Music ialah RM22.90 (6 pengguna)



TIPS & ULASAN