Oppo A92 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 4 Mei 2020
April 28, 2020
Aman
Oppo Malaysia hari ini mengesahkan mereka akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Oppo A92 untuk pasaran tempatan pada 4 Mei 2020 ini, melalui sebuah acara atas-talian.

Oppo A92 dijangka hadir dengan cip Snapdragon 665, dilengkapi bateri 5000mAh, dan menggunakan empat kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel.
Bersama-sama dengan pengenalan Oppo A92 ini, pihak Oppo Malaysia turut dijangka melancarkan sebuah fon telinga nirwayar, iaitu Oppo Enco W31 pada acara sama.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.