Carian
AMD
AMD Mengesahkan Pelancaran CPU Zen 3 Dan Cip Grafik RDNA2 Pada Penghujung 2020
April 29, 2020 Nazrin

AMD nampaknya bakal memperkenalkan siri CPU AMD Zen 3 dan kad grafik berdasarkan teknologi RDNA2 pada penghujung tahun ini, menurut kata-kata mereka sendiri.

Siri CPU AMD Zen 3 bakal hadir dengan tiga jenis varian, termasuklah AMD EPYC (Milan) untuk mesin pelayan, AMD Ryzen (Vermeer) untuk komputer desktop dan AMD Ryzen APU (Cezanne) untuk komputer riba.

Siri CPU Zen 3 ini akan dibina menggunakan proses 7nm+ terbaru oleh TSMC, dimana AMD berkata akan memperlihatkan sedikit perbezaan dari segi susunan teras didalam CPU tersebut. Ia juga tidak diketahui lagi siri CPU yang manakah akan diperkenalkan dahulu untuk pasaran global.

Dalam pada itu, tiada butiran yang diketahui mengenai cip pemprosesan grafik RDNA2, kecuali ia akan digunakan untuk konsol generasi akan datang Sony PlayStation 5 dan Microsoft Xbox Series X.

Walaupun begitu, ia dijangka bahawa kad grafik berdasarkan siri grafik ini akan sekurang-kurangnya hadir dengan penarafan sokongan untuk DirectX12 Ultimate keluaran Microsoft.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, AMD mengatakan bahawa mereka akan melancarkan produk-produk ini menjelang hujung tahun ini, dimana ia dijangka akan berlaku sekitar penghujung suku ketiga ataupun awal suku keempat, mungkin untuk mengelak melanggar tarikh pelancaran kedua-dua konsol yang akan dikuasakan mereka.

Komen