Carian
WhatsApp Untuk iPhone Kini Dikemaskini Dengan Sokongan Panggilan Suara Dan Video Sehingga 8 Orang
April 29, 2020 Aman

Lanjutan daripada pengumuman pihak WhatsApp untuk penambahan sokongan peserta dalam panggilan suara dan video, kini kemaskini terbaru WhatsApp untuk iPhone menyertakan ciri berkenaan.

WhatsApp Group

Melaluinya, anda kini boleh membuat panggilan suara dan video sehingga 8 orang pada sesuatu masa (termasuk pemanggil). Untuk menggunakan ciri ini, anda perlu pastikan rakan anda turut menggunakan versi WhatsApp yang terbaru.

Peningkatan ini adalah sekali ganda berbanding sebelum ini yang dihadkan kepada 4 orang. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan, lebih ramai menggunakan panggilan suara dan video untuk berinteraksi, dan semestinya ciri WhatsApp ini akan membantu semua.

Buat masa ini, kemaskini sama belum dikeluarkan untuk WhatsApp versi Android yang stabil, tetapi telah ditawarkan melalui versi beta. Mungkin kita akan melihat penawaran sama dalam waktu terdekat.

Komen