Cari @ Amanz

Black Shark 2 dan Black Shark 2 Pro adalah peranti mercu memfokuskan permua yang dilancarkan pada tahun lepas. Kedua-dua peranti ini dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 855 dan dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Terkini, kedua-dua peranti ini mula menerima kemaskini JoyUI 11 berasaskan Android 10. Kemaskini ini akan diedarkan secara berperingkat bermula dengan Black Shark 2 dan pada 30 April, Black Shark 2 Pro. Manakala pada 6 Mei kemaskini ini akan diedarkan secara lebih meluas.

Kemaskini ini membawakan beberapa perkara baru seperti, sistem tema Black Shark, aplikasi pengurus fail baharu, Mi Share, Shark Space 3.0 dan banyak lagi. Pengguna Black Shark 2 boleh semak notifikasi untuk kemaskini OTA atau muat turun secara manual melalui pautan di bawah. Manakala, pengguna Black Shark 2 Pro perlu tunggu beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd