OnePlus Z Mungkin Dilancarkan Pada Bulan Julai 2020

OnePlus Z Mungkin Dilancarkan Pada Bulan Julai 2020

Diterbitkan pada Apr 29, 2020 oleh .

Sekiranya Apple mempunyai iPhone SE untuk penawaran mampu-milik, OnePlus pula kini dijangka hadir dengan penawaran tersendiri, dinamakan OnePlus Z.

OnePlus 8 Lite

OnePlus Z dijangka hadir dengan spesifikasi cip daripada MediaTek, selain rekaan skrin pipih bersama dengannya. Telefon pintar ini dijangka ditawarkan pada harga lebih mesra poket berbanding penawaran OnePlus 8 sebelum ini.

Menurut desas-desus baru, OnePlus dijangka memperkenalkan telefon pintar ini sekitar bulan Julai kelak. Buat masa ini, OnePlus masih belum mengeluarkan komen rasmi berkaitan dengan hal ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa sebulan dua lagi.



TIPS & ULASAN