Xiaomi Mi Note 10 Lite Akan Dilancarkan Pada 30 April – Bersama Siri Redmi Note 9
Aman
Xiaomi sebelum ini telah mengumumkan bakal melancarkan peranti baru dibawah siri Redmi Note 9 pada 30 April 2020 ini. Menariknya, selain peranti berkenaan, Xiaomi juga kini mengesahkan akan melancarkan Mi Note 10 Lite pada acara yang turut dijadualkan pada tarikh sama – 30 April 2020.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Mi Note 10 dijangka hadir dengan skrin 6.47-inci, dijana cip Snapdragon 730G, menggunakan bateri 5260mAh dengan pengecasan pantas 30W, selain menggunakan empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan esok untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh Xiaomi melalui pengenalan Mi Note 10 Lite ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.