Cari @ Amanz

Aplikasi Apple Support Untuk iPhone dan iPad Dikemaskini Dengan Antaramuka Serba Baharu

Link Copied!

Aplikasi Apple Support pada iPhone dan iPad adalah aplikasi khidmat bantuan pengguna yang memudahkan pengguna membuat laporan masalah peranti, mencari lokasi kedai baiki yang diiktiraf, membuat panggilan kepada pusat khidmat panggilan Apple dan banyak lagi termasuk bantuan untuk pelbagai perkhidmatan yang dilanggan pengguna.

Terkini, aplikasi ini telah Apple kemaskini dengan antaramuka serba baharu termasuk dengan sokongan mod gelap, mencari jalan penyelesaian dengan lebih mudah, bantuan langkah demi langkah menyelesaikan sesuatu masalah dan juga lebih mudah membantu pengguna menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan perkhidmatan yang dilanggan seperti Apple TV+ atau iCloud. Apple turut mengemaskini bahagian panggilan telefon dan ruangan perbualan agar lebih selesa digunakan.

Turut disertakan adalah bahagian produk, yang membenarkan pengguna akses terus informasi dan melaporkan masalah produk Apple lain milik pengguna. Kemaskini ini adalah versi 4.0 dan sudah boleh dimuat turun di App Store.


Komen ()