Festival Filem We Are One Di YouTube Dianjurkan Dengan Kerjasama Festival Cannes, Sundance Dan Tribeca

Festival Filem We Are One Di YouTube Dianjurkan Dengan Kerjasama Festival Cannes, Sundance Dan Tribeca

Diterbitkan pada Apr 29, 2020 oleh .

Saban tahun festival filem seperti Sundance, dan Cannes menjadi tumpuan peminat seni filem kerana memaparkan karya-karya terbaik. Kejayaan di festival-festival ternama ini kerap dilihat sebagai batu loncatan untuk memenangi anugerah berprestij seperti Oscar. Memandangkan wabak koronavirus masih rakus mencari mangsa, festival-festival sedia ada mula dibatalkan.

Oleh itu festival filem digital We Are One: A Global Film Festival boleh ditonton secara global menerusi YouTube tahun ini. Festival yang dianjurkan oleh Tribeca Enterprises ini menerima sokongan festival filem seperti Sundance, Tribeca, Cannes, Berlin, Tokyo, Toronto dan Venice. Penonton boleh menstrim filem, filem pendek, dokumentari dan panel perbincangan selama 10 hari bermula 29 Mei hingga 7 Jun 2020 kelak.

Tiada iklan akan dipaparkan sepanjang festival. Sebaliknya penonton boleh menderma kepada tabung COVID-19 Solidarity Response Fund for WHO bagi membantu menentang wabak koronavirus.



Paling Popular