Permainan Google Doodle Paling Popular Dipaparkan Semula Selama Dua Minggu

Permainan Google Doodle Paling Popular Dipaparkan Semula Selama Dua Minggu

Diterbitkan pada Apr 29, 2020 oleh .

Bermula sebagai imej statik pada tahun 1998 untuk menyambut festival Burning Man, Google Doodle kini mempunyai elemen interaktif bagi menyambut tarikh serta acara penting. Kadang kala Doodle yang dipaparkan adalah dalam bentuk permainan yang boleh diakses terus dari pelayar web. Selama dua minggu bermula Isnin lalu,  Google akan memaparkan permainan Doodle popular yang pernah dipaparkan.

Permainan Doodle baharu akan dipaparkan setiap hari bagi membantu mengelakkan kebosanan di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh duna. Setakat ini permainan yang mengajar koding untuk kanak-kanak dari tahun 2017, permainan kriket dari tahun 2017 dan memperingatiOskar Fischinger hari ini telah telah dipaparkan. Kesemua Doodle ini sebenarnya boleh diakses oleh pengguna menerusi Doogle Blog tetapi mungkin ada yang telah terlupa akan kewujudannya.

Seperti biasa jika anda mahu memainkan permainan Doodle yang dipaparkan, tekan sahaja imej pada pelayar web anda.



TIPS & ULASAN