Black Shark 3 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM2799

Black Shark 3 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Berharga RM2799

Diterbitkan pada Apr 29, 2020 oleh .

Black Shark Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar Black Shark 3 secara rasminya untuk pasaran tempatan. Seperti ramai sedia maklum, dua variasi peranti ditawarkan dibawah siri ini, iaitu Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro.

Buat masa ini, hanya Black Shark 3 ditawarkan di Malaysia bermula 30 April ini, sementara Black Shark 3 Pro akan menyusul ke pasaran tempatan sekitar Mei kelak.

Black Shark 3

Dari segi spesifikasi, Black Shark 3 hadir dengan skrin 6.67-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 865, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi dengan bateri 4720mAh, kamera utama 64-megapixel dibelakang, dan kamera swafoto 20-megapixel.

Telefon pintar ini hadir dengan fokus terhadap permua, sekaligus dilengkapi ciri penyejukan, dan pengoptimasian untuk permua melalui penggunaan perisian khusus pada peranti.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Black Shark 3 pada harga RM2799 di Malaysia. Sempena jualan pengenalan, sebanyak 400 pembeli pertama boleh membelinya pada harga RM2649 melalui Shopee.

Disamping itu, 150 pembeli pertama turut akan menerima berkas yang meliputi Black Shark FunCooler Pro, Black Shark Mousepad, dan kotak misteri Black Shark.

Beli : Black Shark 3



Paling Popular