DJI Mavic Air 2 Dibuka Untuk Pra-Tempahan Pada Harga Bermula RM3299

DJI Mavic Air 2 Dibuka Untuk Pra-Tempahan Pada Harga Bermula RM3299

Diterbitkan pada Apr 29, 2020 oleh .

DJI telah pun melancarkan dron bersaiz kompak terbaru mereka secara rasminya semalam, iaitu DJI Mavic Air 2. Menariknya, hari ini, penjual tempatan Harvey Norman telah mula mengambil pra-tempahan untuk dron berkenaan.

DJI Mavic Air 2

DJI Mavic Air 2 hadir dengan rekaan bersaiz kompak, mampu terbang selama 34 minit secara berterusan melalui bateri bersaiz 3500mAh, dan hadir bersama kamera 12-megapixel. Menggunakannya, anda turut boleh merakamkan video pada kadar 4K 60PFS atau 1080p 120FPS. Rakaman video HDR turut hadir bersama dengannya.

Dron ini turut hadir dengan sokongan pintar seperti mengelak halangan.

DJI Mavic Air 2 ditawarkan pada harga RM3299, sementara DJI Mavic Air 2 Fly Mode Combo pula ditawarkan pada harga RM4299. Bagi anda yang berminat, boleh pra-tempahnya melalui laman rasmi DJI hari ini.

Pra-Tempah DJI Mavic Air 2



TIPS & ULASAN