Carian
Razer Pay Akan Membuang Ciri “Cash Out” Pada Kemaskini Akan Datang
April 29, 2020 Aman

Razer Pay merupakan salah satu dompet digital yang ditawarkan untuk pengguna tempatan, membolehkan pengguna tambah-nilai dan melakukan transaksi nirtunai melaluinya.

Razer Pay turut menyertakan ciri “Cash Out” yang membolehkan pengguna mengeluarkan wang yang telah ditambah-nilai pada dompet digital berkenaan. Namun, ciri berkenaan akan dibuang pada kemaskini akan datang.

Razer Pay akan membuang ciri ini dalam usaha menggunakan ciri integrasi kad kredit pada perkhidmatan berkenaan. Mereka telah mula menghantar notifikasi kepada semua pengguna, selain pada masa yang sama mengatakan akan beralih kepada integrasi pembayaran yang baru.

Bagi anda yang mempunyai baki dalam akaun, dan ingin tunaikannya, mungkin boleh memohon wang keluar melalui aplikasi ini sebelum kemaskini baru ditawarkan tidak lama lagi.

Komen