Cari @ Amanz

Semasa menjadi pelajar mungkin anda zaman paling getir yang perlu dihadapi setiap insan. Mereka perlu bijak mengimbangi perbelanjaan untuk keperluan akademik dan juga untuk makan pakai. Kami bernasib baik kerana semasa di kolej penggunaan telefon mudah alih adalah jarang tetapi bagi pelajar moden ini tidak dapat dielakkan. Universiti Malaysia cuba meringankan beban kos membayar pelan data telefon pintar dengan menawarkannya percuma kepada 2000 pelajar terpilih.

Pelajar dipilih dari mereka yang datang dari rumah dengan pendapatan bawah RM4000 sebulan dan duduk di kawasan di mana capaian Internet adalah tidak memuaskan untuk menjalani pembelajaran atas talian. Pelan Celcom First Gold 53 yang ditawarkan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak universiti ke suatu tempoh yang masih belum ditetapkan. Menerusi penawaran ini pelajar yang sudah pulang ke kampung masih boleh meneruskan pembelajaran atas talian tanpa masalah sepanjang tempoh PKP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd