Cari @ Amanz

Samsung Menjangkakan Jualan Telefon Dan TV Terjejas Tahun ini, Permintaan PC Dijangka Meningkat

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung kini telah pun mengeluarkan penyata hasil pendapatan suku pertama 2020, yang memperlihatkan pendapatan mereka sedikit berkurangan berbanding sebelum ini. Hal ini boleh dikatakan sebahagian besarnya disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 diseluruh dunia yang memberikan kesan terhadap pengeluaran dan juga pembelian.

Selari dengannya, kini Samsung mengatakan penularan wabak Covid-19 akan memberikan kesan dan impak kepada perniagaan mereka sepanjang tahun ini.


Samsung menjangkakan penurunan jualan untuk telefon pintar dan juga televisyen. Namun, gergasi dari Korea Selatan berkenaan menyasarkan peningkatan permintaan untuk PC, pelayan dan juga cip memori – salah satu sebabnya adalah kerana lebih ramai mula bekerja dari rumah, mahupun belajar dari rumah.

Samsung sendiri dijangka akan menyesuaikan perniagaan dan pelaburan dalam menghadapi impak wabak ini.

Selain Samsung, penularan wabak ini juga dilihat memberikan kesan kepada pelbagai syarikat dan pengeluar seluruh dunia.


Komen ()