TikTok merupakan salah satu perkhidmatan media sosial yang meningkat naik dari hari ke hari. Melaluinya, pengguna hadir dengan video ringkas yang dimainkan secara berbalik, dan ditambah dengan kesan muzik. Pelbagai kandungan yang kreatif diterbitkan pada platform berkenaan, selain turut menjadi tumpuan ramai pengguna muda.
Terbaru, Sensor Tower melaporkan yang aplikasi TikTok telah dimuat-turun sebanyak lebih 2 bilion kali pada peringkat global.
Pada suku tahun ini sahaja, ia mencatatkan muat-turun lebih 315 juta kali di AppStore dan Google Play Store. Negara yang paling tinggi mencatatkan angka muat-turun adalah China dan India – selari dengan angka penduduk dinegara berkenaan.
Dengan Perintah Kawalan Pergerakan di banyak negara, aplikasi seperti TikTok menerima perhatian ramai – apatah lagi dalam ingin mendapatkan kandungan yang lain daripada lain.
Buat masa ini, TikTok belum keluarkan lagi angka rasmi pengguna terbaru mereka, dan angka pengguna aktif harian terkini.