Cari @ Amanz

Aplikasi Your Phone Pada Windows 10 Bakal Menerima Sokongan Kawalan Media Peranti Android

Link Copied!

Your Phone adalah aplikasi daripada Microsoft untuk memudahkan lagi tugasan produktiviti pengguna. Melaluinya, pengguna boleh menambat peranti Android atau iOS untuk menerima notifikasi dari peranti ke Windows, sokongan perkongsian fail yang lebih mudah dan banyak lagi.

Terkini pada Windows 10 Insider Preview Build 19619.1000, Microsoft sedang menguji kemampuan mengawal muzik atau aplikasi audio pada peranti melalui Your Phone. Pengguna boleh berinteraksi dengan lebih mudah tanpa perlu melihat peranti, butiran fail media seperti judul akan selari dengan PC dengan apa yang dipaparkan pada peranti Android, membuat kawalan langkau, kembali atau jeda dan juga bertukar-tukar antara aplikasi muzik/audio lain dengan mudah.

Buat masa ini, fungsi ini masih terhad pada versi Windows 10 Insider sahaja dan belum lagi meluas. Jadi akan ada banyak pepijat jika pengguna menggunakan fungsi ini. Pengguna Windows 10 Insider akan lihat kemaskini Your Phone tiba secara berperingkat untuk mula mengemaskini.


Komen ()