Spotify Kini Mempunyai Lebih 286 Juta Pengguna Aktif Bulanan – 130 Juta Pengguna Berbayar

Spotify Kini Mempunyai Lebih 286 Juta Pengguna Aktif Bulanan – 130 Juta Pengguna Berbayar

Diterbitkan pada Apr 30, 2020 oleh .

Spotify mengeluarkan laporan kewangan mereka untuk suku pertama 2020 dan tidak seperti industri petroleum, industri penstriman muzik tidak terjejas oleh wabak koronavirus. Platform penstriman muzik nombor satu dunia ini mempunyai 286 juta pengguna aktif bulanan secara keseluruhan dengan 130 juta adalah pengguna akaun premium berbayar. Masing-masing adalah peningkatan dari 271 juta dan 125 juta yang diumumkan Februari lalu.

Trend penggunaan pengguna sejak setahun yang lalu juga turut dikongsi. Terdapat peningkatan 50% pengguna yang menggunakan Spotify pada konsol dan televisyen. Penggunaan pada versi web, ketika di dalam kereta dan peranti boleh-pakai pula menunjukkan trend penurunan. Seperkara lagi sejak wabak Covid-19, tiada perubahan dikesan pada tabiat pendengaran muzik hari bekerja dan hujung minggu. Jadi sekiranya anda tidak dapat membezakan hari demi hari sejak PKP, anda tidak keseorangan di muak bumi ini.



TIPS & ULASAN