Microsoft Teams Memperlihatkan Peningkatan Jumlah Pengguna Kepada 75 Juta Pengguna Sehari Dalam Masa Sebulan

Microsoft Teams Memperlihatkan Peningkatan Jumlah Pengguna Kepada 75 Juta Pengguna Sehari Dalam Masa Sebulan

Diterbitkan pada Apr 30, 2020 oleh .

Sejak ia diperkenalkan untuk pengguna umum melalui Microsoft 365, perisian kolaborasi dan produktiviti Microsoft Teams telah memperlihatkan peningkatan jumlah pengguna yang cukup pesat sekali dalam masa sebulan.

Didalam laporan pendapatan suku ketiga tahun kewangan 2020 mereka, Microsoft mengatakan bahawa penggunaan Microsoft Teams telah meningkat sebanyak 70 peratus daripada 44 juta pengguna sehari kepada 75 juta pengguna sehari dalam masa sebulan sejak 22 Mac.

Peningkatan penggunaan perisian ini boleh dikatakan disebabkan oleh wabak COVID-19 yang sedang menular di seluruh dunia, khususnya Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, jumlah pelanggan perisian Office 365 ataupun Microsoft 365 seperti apa ia dikenali sekarang juga berada di sekitar 258 juta pengguna.

Dengan Microsoft Teams, ia memudahkan proses kolaborasi dan kerjasama dalam perusahaan. Ia diintegrasikan bersama pelbagai penawaran Microsoft Office 365 termasuk Skype dan lain-lain.



TIPS & ULASAN