Imej Sebenar LG Velvet Tertiris Menjelang Pelancaran Rasmi
LG

Imej Sebenar LG Velvet Tertiris Menjelang Pelancaran Rasmi

Diterbitkan pada Apr 30, 2020 oleh .

Terdahulu, spesifikasi LG Velvet telah dikongsi lebih awal sebelum pelancaran rasmi yang dijadualkan pada 7 Mei ini. Kini, gambaran sebenar peranti pula dikatakan muncul yang memaparkan reka bentuk peranti daripada beberapa sudut pandang.

Gambar yang dikongsi memperlihatkan peranti ini menampilkan kemasan kaca dengan rekaan dwi-lengkung sisi. Ia benar-benar mengikut laporan sebelum ini yang mana terdapat susunan tiga kamera di belakang secara menegak. Maklumat tertiris sebelum ini mengatakan lensa utama ini akan dibekalkan dengan 48MP + 8MP + 5MP. Gambar dikongsi juga turut memperlihatkan takuk kecil pada bahagian hadapan untuk kamera swafoto.

LG Velvet dipercayai menggunakan cip pemproses Snapdragon 765G dengan sokongan 5G disahkan. Ia juga dikatakan akan dilengkapi 8GB RAM, storan 128GB, kamera swafoto 16MP bersama kapasiti bateri 4,300 mAh.



TIPS & ULASAN