Cari @ Amanz

Malaysia kini telah memasuki fasa ke-empat Perintah Kawalan Pergerakan dan nampaknya Malaysia telah berjaya meleperkan keluk epidemik. Kerajaan mula membenarkan dua orang dari isi rumah untuk keluar melakukan pembelian barang dapur serta beberapa industri untuk kembali beroperasi. Tetapi persoalan di batu jemala majoriti rakyat masih lagi bilakah wabak berbahaya ini akan diisytiharkan berjaya dihapuskan di Malaysia?

Jawapan mungkin boleh ditemui menerusi ramalan yang dilakukan oleh kecerdasan buatan yang dibangunkan oleh Singapore University of Technology and Design (SUTD). Ia menggunakan data jumlah kes keseluruhan, jumlah kes baharu setiap hari, jumlah kematian dan jumlah penduduk sesebuah negara untuk melakukan ramalan. Selepas kesemua titik data diambil kira, ia meramalkan wabak Covid-19 akan berakhir sepenuhnya di Malaysia pada 9 Julai 2020 dan berakhir sepenuhnya di perangkat global pada 2 Disember 2020.

Walau bagaimanapun pihak SUTD berkata ramalan ini hanya dilakukan untuk tujuan akademik dan tidak seharusnya dianggap sebagai tepat. Data yang diambil mungkin mengalami kesilapan dan kecerdasan buatan tidak mengambil kira faktor luaran lain dari setiap negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd