Realme Malaysia hari ini telah mengumumkan mereka akan melancarkan telefon pintar berkuasa dibawah siri Realme 6, iaitu Realme 6 Pro pada 11 Mei 2020 ini.
Realme 6 Pro melengkapkan keluarga Realme 6. Sebelum ini, mereka telah melancarkan Realme 6 dalam dua variasi berbeza, selain Realme 6i.
Realme 6 Pro hadir dengan skrin 6.6-inci pada kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 720G, empat-kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel serta sokongan zum 20x, dan pengecasan pantas 30W.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 11 Mei ini untuk melihat berapakah harga jualan Realme 6 Pro untuk pasaran tempatan, dan bilakah ia akan mula dijual.