Cari @ Amanz

Pengguna NJOI kini boleh melanggan kepada lebih banyak pek dan saluran yang ditawarkan sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya. Tiga pek baharu dan 16 saluran ini boleh dilanggan pada harga serendah RM7.

Pek baharu yang ditawarkan ialah Pek Senyuman (Astro RIA dan Astro Warna), Movie Pack (HBO dan Cinemax) dan Lifestyle Pack (Asia Food Network, Food Network HD dan TLC). Kesemua pek ini boleh dilanggan pada harga RM30 untuk 30 hari.

Selain itu saluran seperti Crime & Investigation (saluran 714), Discovery Asia (saluran 533) dan Ala Jazeera (saluran 513) pula boleh dilanggan pada harga serentak RM7 untuk tiga hari atau RM45 untuk tiga bulan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penawaran NJOI, sila ke pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd