Promosi Fantastik Raya Bersama Honor Menawarkan Peranti Pada Harga Serendah RM299

Promosi Fantastik Raya Bersama Honor Menawarkan Peranti Pada Harga Serendah RM299

Diterbitkan pada Apr 30, 2020 oleh .

Ramai tidak mahu mengaku tetapi Hari Raya Adilfitri adalah antara medan “perang” untuk menunjukkan status kekayaan. Ketika melawat sanak saudara menjadi kebiasaan memakai baju dan menayang barang kemas baharu. Pembelian peranti terkini baharu sempena hari lebaran juga suah menjadi norma baharu.

Bagi mereka yang ingin memiliki peranti dari Honor pada harga menarik. mereka telah melancarkan promosi Fantastik Raya Bersama. Fantastik Raya Bersama menawarkan potongan harga ke atas tujuh peranti Honor di  Malaysia. Honor 20 misalnya ditawarkan pada harga RM1099 berbanding RM1199 sebelum ini. Bagi yang mencari peranti mampu milik pula, Honor 7S boleh dimiliki pada harga RM299 berbanding RM329 sebelum ini. Promosi ini akan berlangsung dari 1 hingga 24 Mei 2020.

Model Harga Lama (RM) Harga Baharu (RM)
HONOR 20 RM 1199 RM 1099
HONOR 20 Lite RM 799 RM 699
HONOR 9X RM 999 RM 899
HONOR 8X Max RM 899 RM 829
HONOR 8A RM 499 RM 469
HONOR 8S RM 399 RM 369
HONOR 7S RM 329 RM 299


TIPS & ULASAN