Xiaomi hari ini telah mengumumkan dua telefon pintar baru dibawah siri Redmi Note 9, iaitu Redmi Note 9 dan juga Redmi Note 9 Pro. Ini melengkapkan pengenalan Redmi Note 9S sebelum ini.
Paling berkuasa antaranya, Redmi Note 9 Pro. Ia hadir dengan skrin 6.67-inci, dijana cip Snapdragon 720G, memori 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Melengkapkan ia adalah bateri 5020mAh.
Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan empat kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (makro) + 2MP (kedalaman). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera 16-megapixel.
Telefon pintar ini turut hadir dilengkapi pengimbas cap jari dibahagian tepi, bicu audio 3.5mm, dan juga sokongan kalis percikkan air melalui lapisan P2i.
Selain itu, Redmi Note 9 juga turut telah dilancarkan secara rasminya hari ini. Redmi Note 9 hadir dengan skrin 6.53-inci FHD+, dijana cip MediaTek Helio G85, memori dalam pilihan 3GB atau 4GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Melengkapkannya juga adalah bateri 5020mAh.
Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan empat kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman). Ia turut hadir dengan kamera swafoto 13-megapixel bersama dengannya.
Redmi Note 9 ini turut hadir dengan sokongan pengimbas jari dibelakang, sensor IR, dan juga bicu audio 3.5mm.
Menurut pihak Xiaomi Malaysia, kedua-dua peranti ini akan hadir ke pasaran tempatan seawal Mei, dimana kita akan mengetahui butiran lanjut seperti tarikh dan harganya kelak.