Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengenalan Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro, pihak Xiaomi turut memperkenalkan satu lagi telefon dibawah siri “Note”, iaitu Xiaomi Mi Note 10 Lite.

Xiaomi Mi Note 10 Lite

Mi Note 10 Lite ini hadir dengan skrin 6.47-inci FHD+ AMOLED, dijana cip Snapdragon 730G, memori 6GBRAM dan storan 128GB. Ia turut menyertakan bateri dengan kapasiti 5260mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Untuk rakaman gambar, kamera belakang menggunakan sensor utama 64MP + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (kedalaman) + 2MP (makro). Ia turut menyertakan sensor 32-megapixel untuk kamera swafoto.

Xiaomi Mi Note 10 Lite

Mi Note 10 Lite menyertakan pengimbas cap jari dalam skrin, sensor inframerah, dan bicu audio 3.5mm.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan dijual untuk pasaran tempatan. Mungkin kita akan mendengar mengenainya dalam beberapa minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd