Google Stadia telah diperkenalkan pada November 2019 dan antara peranti mudah alih terawal yang menyokong perkhidmatan permainan awan ini adalah Google Pixel 2, Pixel 3 dan Pixel 4. Kemudian, penawarannya diperluaskan lagi kepada sejumlah model lain daripada Samsung, Razer dan Asus.
Terkini, terdapat penambahan model baru apabila Google mengesahkan bahawa Stadia telah tersedia untuk peranti OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro. Siri ini merupakan peranti pertama daripada OnePlus yang menyokong perkhidmatan ini. Secara keseluruhan, Stadia kini menyokong sebanyak 29 peranti mudah alih.
Selain itu, Google juga menambah sejumlah ciri menarik lain ke perkhidmatan ini. Antaranya, penambahan sokongan audio Surround 5.1 untuk permainan di Chrome, memaparkan papan kekunci maya ketika bermain dengan sambungan pengawal permainan dan Google juga menambahkan ciri menangkap gambar serta video apabila menggunakan Stadia pada peranti mudah alih.