Carian
Ekonomi Dibuka Semula 4 Mei – Ini Senarai 64 Sektor Dan Aktiviti Yang Masih Dilarang
May 1, 2020 Effi Saharudin

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilonggarkan bermula 4 Mei ini bagi membuka semula sektor ekonomi yang terjejas teruk sehingga mengakibatkan ribuan hilang pekerjaan. Di dalam perutusan Hari Pekerja oleh Perdana Menteri pagi ini, masih terdapat beberapa aktiviti dan perniagaan yang dilarang sama sekali. Bagi memastikan anda tidak ditahan kerana kurang cakna, ini ialah senarai lengkap aktiviti yang masih dilarang di dalam 23 Sektor menurut SOP yang diterbitkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Ada beberapa berita baik seperti anda kini boleh kembali menggunakan dobi layan diri cuma tidak boleh melipat baju. Berita buruk pula masih tidak boleh solat berjemaah di masjid dan kedai gunting rambut kekal tutup. Senarai lengkap 23 sektor dengan pecahan 64 aktiviti yang masih dilarang ialah seperti di bawah.

  • Dikemaskini dengan senarai terkini MKN pada jam 4:30 petang  1 Mei 2020
1.Hiburan Dan Riadah
  • Panggung wayang
  • Pusat karaoke
  • Taman tema
  • Muzium
  • Busking
  • Pusat refleksologi
  • Pusat hiburan
  • Kelab malam
2.Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan
  • Perarakan Keagamaan
  • Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat
  •  Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
  • Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak)
  • Perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta
  • Majlis perasmian
3. Persidangan dan Pameran
  • Pameran Kerjaya
  • Pameran Perkahwinan
  • Promosi dan Pakej Pelancongan
  • Karnival Jualan
  • Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai
4. Pendidikan
  • Sukan semasa sesi persekolahan
  • Aktiviti kokurikulum bersemuka
  • Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
  • Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang
5. Sukan
  • Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai(stadium)
  • Acara berkumpulan di luar yang melebihi 10 orang. Contoh : larian, kayuhan basikal dan konvoi motosikal
  • Segala aktiviti sukan dalaman termasuk gimnasium
  • Kolam renang
  • Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang.
6. Aktiviti Sosial
  • Kenduri–kendara
  • Majlis berbuka puasa
  • Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya
  • Rumah terbuka
  • Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan & budaya (contoh : ceramah, gotong-royong, lawatan dan seumpamanya)
7. Pengangkutan
  • Kapal Persiaran
8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman
  • Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
  • Bazar Ramadan
  • Bazar Hari Raya
  • Karnival jualan
9. Kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor
  • Terima pelawat
  • Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
  • Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain
10. Pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina
  • Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang
11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen
  • Aktiviti mencuba pakaian
12. Dobi ( khusus dobi layan diri)
  • Aktiviti melipat pakaian
13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka
14. Aktiviti Pensijilan Bagi Agrikomoditi
15. Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan
  • Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan
    kelak
17. Pengurusan Perhutanan
  • Ekopelancongan Hutan
  • Latihan Perhutanan
18. Perlombongan Dan Pengkuarian
  • Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)
19. Perladangan dan Pertanian
  • Hari Bertemu Pelanggan
  • Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
  • Pesta makan buah-buahan
  • Kursus/ Seminar
  • Konvokesyen Institut Pertanian
  • Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya
20. Perikanan
  • Aktiviti perikanan rekreasi
  • Pusat Taman Laut, pameran dan akuarium
21. Seni Kreatif
  • Penggambaran filem
  • Acara/Konsert/Persembahan kebudayaan
  • Program Yang Melibatkan Orang Awam Di Studio Atau Tempat Awam
22. Kebudayaan Dan Kesenian
  • Pameran Yang Melibatkan Interaksi Antara Pekarya Dan Pelawat
23. Pelancongan dan Perhotelan
  • Penggunaan kemudahan Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran Dan Café
Komen