Carian
HTC
Imej Lakaran HTC Desire 20 Pro Tertiris – Kuad Kamera Dan Pengimbas Cap Jari Belakang
May 1, 2020 Amy Maizuraa

Sebelum ini kami pernah berkongsi satu artikel mengenai perancangan HTC untuk melancarkan sebuah peranti kelas pertengahan pada tahun ini yang dikenali sebagai HTC Desire 20 Pro. Terkini, imej pengolokan peranti tersebut dilaporkan telah tertiris ke arena web sekaligus mendedahkan rekaan hadapan dan belakang.

Berdasarkan imej dikongsi, peranti ini dilihat bakal dikatakan mempunyai paparan hadapan dengan rekaan skrin berlubang yang ditempatkan pada sudut kiri atas. Pada bahagian belakang pula, ia hadir dengan modul kamera menegak dengan persediaan empat lensa utama.

Jika diteliti, kamera keempat dilihat berbentuk lebih kecil dan ramai yang berspekulasi ia mungkin membawakan lensa kedalaman. Selain itu, terdapat juga pengimbas cap jari berbentuk bulat pada panel belakang ini. Buat masa ini, maklumat tertiris boleh dikatakan masih pada peringkat desas-desus awal dan belum disahkan sepenuhnya.

Imbas kembali, HTC Desire 20 Pro dikatakan telah muncul di penanda aras Geekbench 5 dengan menunjukkan peranti ini mungkin dijana cip Snapdragon 665, memori 6GB RAM dan menggunakan Android 10.

Komen