Cari @ Amanz

Sony terkenal sebagai pengeluar produk daripada pelbagai segmen termasuklah produk audio, peranti pintar, kamera, televisyen dan banyak lagi. Kini, Sony dalam perancangan untuk menambah ahli baru untuk fon telinga nirwayar mereka dan paten mengenainya dikatakan telah muncul di arena web.

Seperti yang dapat kita lihat, paten ini menunjukkan fon telinga tersebut mungkin didatangkan dengan reka bentuk jenis boleh disangkut pada telinga. Difahamkan, ia direka khusus untuk kegunaan pelbagai aktiviti fizikal seperti bersukan dan juga memudahkan penggunaan ketika memakai helmet.

Imej juga mendedahkan terdapat sejumlah butang khusus yang mungkin berfungsi sebagai kawalan pemain. Selain itu, terdapat juga persediaan lubang mikrofon pada bahagian atas yang mungkin digunakan untuk membuat panggilan telefon yang lebih jelas.

Pun begitu, fon telinga ini masih di peringkat paten sahaja dan masih tidak diketahui bilakah ia akan dipasarkan kepada pengguna. Namun sekiranya ia menjadi produk akhir, apakah pandangan anda mengenainya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd