Carian
Huawei Mengemaskini Harga Jualan Huawei P30 Pro, Huawei Mate 30 Dan Huawei Mate 30 Pro 4G
May 1, 2020 Aman

Huawei Malaysia kini telah mengumumkan kemaskini harga jualan untuk tiga telefon pintar mercu tahun 2019 yang lepas, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan telefon pintar berkenaan pada harga lebih rendah berbanding sebelum ini.

Tiga model berkenaan adalah Huawei P30 Pro (8GB RAM), Huawei Mate 30, dan juga Huawei Mate 30 Pro 4G.

Huawei P30 Pro kini boleh didapati pada harga RM2799, Huawei Mate 30 pada harga RM2499, dan juga Huawei Mate 30 Pro 4G pada harga RM3599.

Dengan potongan harga ini, ia membolehkan pengguna menikmati potongan sehingga RM300 sebelum ini. Bagi anda yang mencari model peranti ini, mungkin boleh menyemaknya melalui laman rasmi Huawei hari ini.

Komen